Harry Potter sebagi pemain Quidditch Quidditch

Harry Potter (dilakonkan oleh Daniel Radcliffe) cuba untuk menangkap Snitch.

Harry Potter merupakan pelajar termuda yang lebih sekurun menjadi pemain bagi pasukan rumah Hogwarts. Sebagai Pencari bagi Gryffindor, Potter memenangi hampir semua permainan yang dimainkannya kecuali apabila cedera atau tidak mampu. (Walau bagaimanapun, dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban, beliau jatuh dari penyapunya kerana kehadiran dementor). Piala Quidditch dibatalkan kerana Kejohanan Ahli Sihir Trio ketika tahun keempat Potter. Disebabkan perselisihan selepas perlawanan dengan Draco Malfoy, Potter diharamkan oleh Pegawai Penyoal Siasat Hogwarts Dolores Umbridge pada tahun kelima. Pada tahun berikutnya, dia kembali sebagai kapten, walaupun hanya bermain satu perlawanan dengan penuh (permainan kedua, tengkoraknya retak yang menyebabkan pasukannya kalah, dan beliau dalam tahanan ketiga perlawanan ketiga), dia mampu membawa kemengangan Gryffindor dan memperoleh Piala Quidditch Hogwarts.